Sunday, 7 August 2016

Bulan 8

Fall in love; fall out of love

Decided to love myself more.

Dari segi ekonomi, alhamdulillah stabil.
Sudah renew passport; sudah ke luar Malaysia utk bercuti. Life, back on track, i guess. Jiwa masih kosong sekali sekala. Masih malas jarang-jarang...

Got a new set of friends; cherish the old ones... huhu

Date a total 4 guy from April till August... semua tak menjadi. Kah kah kah

I am done dating for a while. Meh. Boring!!

Thursday, 28 April 2016

4 bulan

Gaji masuk bulan ke 5, aku akhirnya berjaya langsai bayar hutang. Akhirnya.
Harap-harap tiada kecemasan yg memerlukan belanja segera.

Hidup aku mungkin kembali normal. Tidak mungkin aku kembali bermewah seperti dulu kerana aku tau peritnya tidak berduit. Tp tidak mungkin juga aku jadi kedekut utk berbelanja kerana hidup ini singkat....kita tidak tau kita pergi bila. 

Merapu, Haha.

So, apa yg membuatkan aku kembali ke blog jiwa kacau ini? Kah kah kah. Mungkin disebabkan jantan keparat yang aku baru kenal seminggu. Di kenalkan rakan, konon mau mencari bakal bini. Rupanya hanya mencari bakal mangsa sedap-sedap nafsunya. Kalau aku dedahkan sakit mentalnya yang gila seks, sudah pasti kerjayanya berakhir begitu saja. 

Masih kacaukah jiwaku? Mungkin... tapi aku rasa lebih aman, lebih redha.... dan lebih matang.

Mungkin hanya rasa-rasa semata.

Mungkinlah!

Friday, 15 January 2016

Mengutip Jejak

Terima 1st salary syarikat baru awal bulan ni. Tolak hutang dan bill tertunggak, aku terpaksa catu makan dan bawa bekal ke tempat kerja.

Rata-rata kawan tempat kerja mengadu stress dan mengumpat boss itu ini. Bagi aku, untuk duduk dalam udara sejuk ekon hari-hari dan dapat gaji hujung bulan untuk bayar bil dan hutang sudah cukup sempurna.

Alhamdulillah.