Friday, 20 November 2015

Dendam.

Dendam. Satu perasaan hitam yang disimpan yang akhirnya menjarah hati dan perasaan hingga memakan diri hingga mati. Mati emosi.

Aku mungkin mempunyai banyak dendam. Dendam yang makin aku fikirkan makin membuat dadaku terasa sesak. Dendam yang tidak dapat diselesaikan. Dendam yang harus aku ubati sebelum parah.

Ya, aku tahu yang aku harus melupakan dendam dan terus memandang ke hadapan. Lebih bagus aku mengira masa hidup yang tersisa dan memenuhi debgab perkara yang menggembirakan. Senang ditulis, tetapi sukar. Kerana kisah pahit akan kembali bertandang dan dadaku akan kembali sesak dan sebak.

Maafkan? Maaf itu mudah. Memadamkan memori itu payah.

Ketika aku menulis ini, dadaku terasa sesak lagi!!!

Tuesday, 17 November 2015

Apa khabar?

Haaaa... aku masih di sini.
Masih tidak makan gaji.
Masih sendiri.
Masih berkerut dahi memikirkan kelangsungan hidup di masa depan...

Tapi masih cukup makan, ada tempat berteduh, dan masih ada kereta...Alhamdulillah.

Setakat ini, RM500 masuk setiap 2 minggu, jadi hidup masih tidak terlalu sempit. Cuma agak terhimpit...

Tawaran kerja masih datang, keputusan temuduga pula.. tak datang-datang!!
Akhir tahun... banyak company nak tutup akaun.. nasib badan!!

Huuu.... nasiblah badan-----

Wednesday, 11 November 2015

Mimpi

Aku seorang pemimpi. I am a dreamer.

Mimpi siang hari, yang bebas di olah, dan juga mimpi malam hari, yang datang sendiri tanpa dicari.

Tapi mimpi malam tadi sangat lucu dan aneh sehinggakan aku rasa perlu ditulis. Untuk rujukan kemudian hari... mungkin?

Aku bermimpi melihat seekor anak harimau bintang yang tembam, mau menyusu dengan harimau belang!! Harimau belang itu agak marah, menepis-nepis anak kecil harimau bintang itu... tapi si kecil itu terus-terusan mau menyusu dan tak menghiraukan harimau belang yang marah. Akhirnya ia di tepis kuat sehingga luka sedikit kepalanya. Aku yang menjadi saksi menggosok-gosok kepala anak kecil itu.. anehnya, aku tidak dicakar atau dimarahi oleh harimau belang. Aku ambil anak harimau bintang itu dan aku berikan air minuman... dalam bekas kaca, selepas itu mimpi agak kabur tetapi ada ketika aku menuangkan air jernih ke dalam bekas yang airnya mengalir dari dalam lengan bajuku.

Aneh dan lucu.


Monday, 9 November 2015

What should I do?

I've been mopping the floor, clearing the clutters at the kitchen, re-organizing the living room...

Out of job, out of biz, too many free time.

So today, i might re-arrange the whole bedroom. Yup. 

Saturday, 7 November 2015

Resolusi

Aku tiba-tiba tersedar.

Kejatuhan aku kali ini mengajar aku beberapa perkara. Paling penting, ia menyedarkan aku yang walau aku masih ada ibu bapa, adik beradik dan keluarga lengkap, sebenarnya aku keseorangan, tiada tempat mengadu nasib atau tempat bergantung. 

Jadi, aku perlu mengatur masa depan aku dengan hakikat ini. Hakikat yang aku keseorangan. 

Mungkin ini permulaan aku untuk jadi orang yang pentingkan diri. Kerana selama ini aku hanya mementingkan kebahagiaan dan kesukaan orang lain.
Mulai sekarang, aku sudah bebas untuk mengatur hidup aku. Jika ada gangguan dari "keluarga" , well, aku sudah tau spa yang bakal aku katakan.

Sesungguhnya bila aku susah dan menagih bahu untuk bersandar dan telinga untuk mendengar, tiada siapa yang sudi. Aku bukan gadis perkasa yang tahan lasak serba serbi.

Betullah apa yang pernah aku baca, kesunyian yang sebenar adalah apabila kita di kelilingi ramai orang tapi kita langsung tidak dipedulikan. Benar.

Monday, 2 November 2015

How far down the rabbit hole is?

Interview hari tu was a disaster.
I dont even want to talk about it.

Dan hidup aku dalam 2,3 hari ni is like in a limbo. Terburuk dalam sejarah.

Aku tak pernah rasa terasing dan seorang diri seperti sekarang. Ada ibubapa tapi seperti yatim. Ada adik beradik tapi tak boleh menumpang.

Out of desperation, aku telefon mak cakap nak minta pinjaman sikit. Tak sempat cakap berapa banyak, sebab mak ada hal lain terpaksa matikan perbualan takat tu.

Selepas dua hari, khabar aku mau pinjam duit dah tersebar kepada adik beradik. Malu! Padahal aku belum cakap berapa banyak dan apa tujuannya.

Bila aku telefon balik, tak berjawab. Banyak kali telefon. Telefon di matikan.
Malamnya, mak telefon. Apahal? Ada apa hal ke? Soalan yang sangat merobek hati. Aku tak tahan akhirnya aku meluahkan perasaan tak puas hati. yang aku perlukan sokongan dari keluarga, bukan cebikan atau sorakan atas kekalahan aku.

Ya, aku mengaku aku kalah kali ni. Aku masih muda dan aku silap. Aku silap langkah berhenti kerja untuk terus berniaga tanpa ilmu cukup di dada.

Dan aku tak sangka, rupanya keluarga aku hanya menanti dalam diam akan kejatuhan aku supaya mereka boleh bersoraj dan berkata, "kan kami dah kata!!" 

Aku terasa malang, sangat malang mempunyai keluarga begini.

Aku bukan mau pinjam rm10k atau rm5k, hanya rm1800 supaya aku boleh tenang tidak di kacau penghutip hutang kad kredit. Itu saja.

Hati aku sakit hanya Allah yang tau.

Aku cuba mengingat kembali bila kali makan minum aku di tanggung ayah aku... bila ya? Bila cuti sekolah. Selepas umur 19 tahun, i am on my own. 

Aku datang KL dengan sebuah beg baju.
Selama ni tidak ada sesen pun aku minta. Sebaliknya aku tak kedekut menghulur. Belanja keluarga bercuti. Bayar hotel. Bayar itu ini. 

Bila dalam keadaan tersepit semacam ini, kini aku sedar, aku dalam kategori malang. Malang kerana mempunyai keluarga yang sebegini.

Malam tadi aku berdoa dalam air mata. Lepaskan lah aku dari tanggung jawab ayah aku. Kahwin kan lah aku dengan lelaki yang boleh menjaga aku.

Aku dah penat ya Allah.

Aku di besarkan untuk bekerja dan menggunakan tenaga seperti lelaki.

Ayah aku lepas tangan dan membiarkan aku survive hidup seorangan. Malah di ejek-ejeknya aku semacam aku ini musuh perniagaannya. Setiap kalah dan resah aku adalah sorakan mereka.

Aku sudah tidak tahan. Aku ingin lari menetap di luar negara tapi aku masih terikat di bawah mereka. 

Lepaskanlah aku ya Allah!!

Wednesday, 28 October 2015

Tuah?

Entah.

Temuduga kerja minggu lepas. Katanya official result keluar Isnin atau Selasa. Maka aku tunggu. Isnin tiada khabar. Tiba-tiba pagi Selasa telefon aku berdengung (silent mode). 

"Boleh tak datang interview lagi sekali untuk jawatan XXX"

Jawatan "bos" kepada jawatan yang aku temuduga hari itu.

Hai perempuan, nasib badan. Aku mungkin bertuah dari segi kerjaya. 
Berniaga tak ke mana. Bercinta pun tak ke mana.

Berkerjaya la kamu sampai ke tua!

Well interview nya hari ini lah. Petang nanti. High heels mana satu nak pakai pun belum pilih lagi.

"Boss from Hell" wannabe.

Friday, 23 October 2015

Mungkin kerja?

Temuduga hari Khamis lepas berjalan lancar. Aku mungkin dapat kerja. Bermula 2 Nov 2015. Tapi keputusan official Isnin atau Selasa ini. Mungkin ada background check.

Aku ada seminggu untuk bersiap. Bersiap apa? Entah.
Sudah setahun aku tak update baju kerja. Tempat kerja baru, apa kisah.. bukan nya orang tau yang baju itu baju dari 5 tahun lepas.

Aku juga mungkin terpaksa menumpang dirumah kawan sementara, memandangkan jarak antara tempat kerja dengan rumah sekarang agak jauh.
Bila sudah dapat gaji pertama, mungkin akan aku cari rumah transit. Berdekatan pejabat, yang sewa bulanannya lagi jimat dari duit minyak kereta dengan bayaran tol.

Back to basic.

Ingin saja aku jual segala isi rumah supaya aku dapat kembali seperti awal-awal aku mula bekerja dulu. Hartaku hanya muat 1 beg bagasi.....

Arhhh... kenapa aku masih fikirkan dia!! T-T

Wednesday, 21 October 2015

Aku tak layak....

Minggu lepas, SA lama dari zaman sekolah balik dari luar negara. Ada majlis pernikahan adiknya. Bekas rakan sekelas di ajak secara "random" di media chatting. Hati ini terlompat suka. Walau di ajak random, ada peluang bersua muka. Maka.... aku kesana. Malam sebelum hari majlis, aku tak dapat tidur lena! Maklumlah, berbelas tahun tak berjumpa, akhirnya!! Akhirnya!! Tambahan lagi, dia masih single!!

Kami pun berjumpalah dimajlis itu. Singkat sungguh perbualan, kebetulan ada kawan lain duduk semeja yang cepat mengajak pulang. Lepas balik dari majlis, ada komunikasi berlaku melalui whatsapp, pun singkat juga.

Selepas belasan tahun.... aku hanya patut berlapang dada, melepaskan dia dari angan-angan... berserah pada tuhan. Melihatkan keluarganya, dan latar belakang kehidupannya, sesungguhnya aku tidak layak!!

Dan jika dia tiba-tiba mahukan aku... aku terpaksa menolak, untuk kebaikan dia!
-------

Awak, saya rasa saya tidak layak untuk awak. Saya anak kampung, yang dibesarkan oleh persekitaran kampung.

Saya dilahirkan dikampung, mak saya dibidani oleh bidan kampung. Di ceritakan pada saya kisah kelahiran saya oleh bidan itu sendiri. Walaupun saya telah dewasa, setiap kali Tok Bidan bertentang muka, maka akan diulang kisah kelahiran saya yang dikatakan anih. Katanya, kalau mengikut pengalamannya, saya tidak mungkin hidup. Saya lemas. Dia sudah berputus asa seharian. Tapi bila saya dilahirkan tepat-tepat waktu azan Asar, saya survive. Mak saya di ingatkan, saya mungkin lahir tidak cerdik, atau lembam, tapi saya cerdik! Malah saya anak paling bijak di dalam kampung itu dibandingkan rakan seusia. Saya juga anak kampung yang pertama ke luar negara! Tapi saya membesar dengan rasa ada yang tidak kena. Mungkin ada yang tidak kena di mana-mana. Mungkin saya cacat tapi bukan secara fisikal? Saya tidak mengalami halusinasi. Tapi saya lain.

Saya lain. Saya satu-satunya budak yang bila Ustazah bercerita tentang Allah yang satu, dan bercerita tentang makhluk ciptaan Allah, bahawa kerusi ada tukangnya dan manusia ada penciptanya, maka saya bertanya, jika setiap benda ada pencipta, siapa yang cipta Allah? Jawapan ustazah... jangan banyak bertanya nanti jadi gila!! 

Saya seorang budak yang suka merenung langit. Memerhati semut. Berfantasi jauh. Mungkin saya ada mild autismn. Tak baik untuk keturunan bukan? Maka saya tidak layak untuk siapa-siapa yang hebat.

Dalam hidup saya banyak mencuba, saya suka music dan menyanyi. Saya join  Kumpulan Music dan buat persembahan depan ribuan audiens. Saya seorang yang bertudung disitu. Tapi saya tetap menjaga diri saya dari lelaki. Malah, saya tetap kekok dengan lelaki. Lelaki yang pernah saya serius pertimbangkan untuk jadi calon adalah, 1. Rupanya seorang Gay bertopeng lelaki baik 2. Lelaki yang macam baik awal2 lagi mau saya pakai niqab tapi ajak deting malam2 akhir 10 ramadhan. Dan juga berkata bahawa dia hanya perlu membelikan "future" anak-anaknya ipad sorang satu jadi senang untuk jaga. Terukkan? Ahh.. saya mengaku tangan saya pernah dipegang lelaki tapi tanpa izin. Tiba-tiba dia pegang masa jalan beriring ke kedai makan selepas waktu bekerja. Saya tepis. Tapi saya tak cukup suci untuk awak. Saya tak layak.

Saya juga di besarkan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk mencari harta dunia. Saya ditinggal dirumah bersama adik-adik seawal umur 5 tahun dan bila sudah berusia 9 tahun, saya dibawa untuk bekerja bersama. Saya jarang dipeluk mak ayah. Tiada memori saya dipeluk semasa membesar oleh kedua-dua orang tua saya. Kedua-dua orang tua saya juga berasal dari keluarga yang berpecah. Ayah saya berfikiran perempuan itu gagah kerana melihat maknya membesarkan anak-anakyang ramai sendirian. Sehinggakan ibu saya yang mengandung pun di suruh angkat tong gas. Saya juga, langsung tidak dilayan seperti anak perempuan. Jadinya, saya tahu serba-serbi. Serba tahu, dan terlebih berdikari. Akhir-akhir ini baru saya sedar yang saya telah dinafikan hak sebagai anak dan kanak-kanak. Dan juga sebagai anak perempuan. Hati saya keras. Saya tidak layak untuk awak! Saya juga masih terasa kekok bila ada kawan yang mahu bersalam & memeluk. Saya takutkan sentuhan. Kekok dan gawat!! Saya tak layak!!

Saya masih berhati keras, masih banyak bertanya dan juga mengkaji dan masih belajar tentang hidup. Saya tidak simple, saya rumit. Saya mungkin tidak menyenangkan hati. Jenaka saya mungkin tidak melucukan. Dan di saat ini, saya sepatutnya solat subuh dan tidur sebentar sebelum ke temuduga kerja.
Kerana saya tidak bekerja sudah hampir setahun, cuba berniaga tapi tidak menjadi pula. Ibu bapa tidak menyokong dan langsung tidak menawarkan bantuan. Walaupun saya terpaksa mencatu makan. Bukankan makan minum dan kebajikan anak perempuan di bawah tanggungjawab ayah? Saya tidak beruntung. Bila saya lihat wajah gembira adik awak di majlis pada hari itu, hati saya rasa pilu. Bertuahnya dia. 

I am a girl with so many flaws and dark memories. I am not the perfect girl for you. I cant be. 

Besar kemungkinan, saya tiada sekelumitpun dalam fikiran awak.

Bidan itu memang benar. Saya pastinya seorang manusia yang berbeza dari mereka yang normal!!

------------

Ok. Aku rasa, itu adalah penutup untuk segala rasa belasan tahun tahun yang dipendam, yang akhirnya muncul kembali minggu lepas. Aku dah dewasa. Aku patut matang. Go on. Ke hadapan...!




Aku sudah jatuh miskin!

Aku telah jatuh miskin.

Miskin harta. Harta dunia. Harta akhirat aku tidak tahu, itu urusan tuhan.

Aku pasti aku telah jatuh miskin, dengan duit tunai hanya ada RM100 ringgit.
Aku masih berkereta, ya benar. Aku juga masih berumah sewa, itu juga benar.
Tetapi kereta sudah tidak berbayar lama, rumah sewa berbayar tetapi sipi-sipi.
Hutang sudah mengejar. Jikalau dahulu aku mendapat "teguran mesra" dalam bentuk sms mengenai baki hutang kad, kini mereka sudah menjadi agresif sehingga menalifon ku sampai 15 kali.

Aku sudah jatuh miskin, aku tahu itu.

Dan aku juga tahu di mana silapnya.
Juga bagaimana mahu bangkit daripadanya.
Mampukah aku?

Gajiku sebelum aku membuat keputusan gila berhenti kerja sudah menjangkau Enam Ribu.
Bisnes tidak menjadi. Bukan bisnes System Pyramid MLM mahupun bisnes menipu masyarakat jualan air berkat... bukan... tapi bisnes yang aku yakin benar. Menjual makanan harian.
Jadinya, aku kini berkira untuk kembali ke alam kerja. Di zaman serba gawat haru biru, jerebu dan politik yang menikam, aku juga menjadi mangsa aniaya bila diberitakan lulus temuduga, tetapi bila menunggu sehingga sebulan, akhirnya "projek" itu batal.

Duit poketku tinggal seratus.

Esok aku terpaksa menapak untuk temuduga di Damansara.

Sesungguhnya.... tidak kusangka... aku sudah jatuh miskin!