Wednesday, 21 October 2015

Aku sudah jatuh miskin!

Aku telah jatuh miskin.

Miskin harta. Harta dunia. Harta akhirat aku tidak tahu, itu urusan tuhan.

Aku pasti aku telah jatuh miskin, dengan duit tunai hanya ada RM100 ringgit.
Aku masih berkereta, ya benar. Aku juga masih berumah sewa, itu juga benar.
Tetapi kereta sudah tidak berbayar lama, rumah sewa berbayar tetapi sipi-sipi.
Hutang sudah mengejar. Jikalau dahulu aku mendapat "teguran mesra" dalam bentuk sms mengenai baki hutang kad, kini mereka sudah menjadi agresif sehingga menalifon ku sampai 15 kali.

Aku sudah jatuh miskin, aku tahu itu.

Dan aku juga tahu di mana silapnya.
Juga bagaimana mahu bangkit daripadanya.
Mampukah aku?

Gajiku sebelum aku membuat keputusan gila berhenti kerja sudah menjangkau Enam Ribu.
Bisnes tidak menjadi. Bukan bisnes System Pyramid MLM mahupun bisnes menipu masyarakat jualan air berkat... bukan... tapi bisnes yang aku yakin benar. Menjual makanan harian.
Jadinya, aku kini berkira untuk kembali ke alam kerja. Di zaman serba gawat haru biru, jerebu dan politik yang menikam, aku juga menjadi mangsa aniaya bila diberitakan lulus temuduga, tetapi bila menunggu sehingga sebulan, akhirnya "projek" itu batal.

Duit poketku tinggal seratus.

Esok aku terpaksa menapak untuk temuduga di Damansara.

Sesungguhnya.... tidak kusangka... aku sudah jatuh miskin!

No comments:

Post a Comment