Kami pun berjumpalah dimajlis itu. Singkat sungguh perbualan, kebetulan ada kawan lain duduk semeja yang cepat mengajak pulang. Lepas balik dari majlis, ada komunikasi berlaku melalui whatsapp, pun singkat juga.
Selepas belasan tahun.... aku hanya patut berlapang dada, melepaskan dia dari angan-angan... berserah pada tuhan. Melihatkan keluarganya, dan latar belakang kehidupannya, sesungguhnya aku tidak layak!!
Dan jika dia tiba-tiba mahukan aku... aku terpaksa menolak, untuk kebaikan dia!
-------
Awak, saya rasa saya tidak layak untuk awak. Saya anak kampung, yang dibesarkan oleh persekitaran kampung.
Saya dilahirkan dikampung, mak saya dibidani oleh bidan kampung. Di ceritakan pada saya kisah kelahiran saya oleh bidan itu sendiri. Walaupun saya telah dewasa, setiap kali Tok Bidan bertentang muka, maka akan diulang kisah kelahiran saya yang dikatakan anih. Katanya, kalau mengikut pengalamannya, saya tidak mungkin hidup. Saya lemas. Dia sudah berputus asa seharian. Tapi bila saya dilahirkan tepat-tepat waktu azan Asar, saya survive. Mak saya di ingatkan, saya mungkin lahir tidak cerdik, atau lembam, tapi saya cerdik! Malah saya anak paling bijak di dalam kampung itu dibandingkan rakan seusia. Saya juga anak kampung yang pertama ke luar negara! Tapi saya membesar dengan rasa ada yang tidak kena. Mungkin ada yang tidak kena di mana-mana. Mungkin saya cacat tapi bukan secara fisikal? Saya tidak mengalami halusinasi. Tapi saya lain.
Saya lain. Saya satu-satunya budak yang bila Ustazah bercerita tentang Allah yang satu, dan bercerita tentang makhluk ciptaan Allah, bahawa kerusi ada tukangnya dan manusia ada penciptanya, maka saya bertanya, jika setiap benda ada pencipta, siapa yang cipta Allah? Jawapan ustazah... jangan banyak bertanya nanti jadi gila!!
Saya seorang budak yang suka merenung langit. Memerhati semut. Berfantasi jauh. Mungkin saya ada mild autismn. Tak baik untuk keturunan bukan? Maka saya tidak layak untuk siapa-siapa yang hebat.
Dalam hidup saya banyak mencuba, saya suka music dan menyanyi. Saya join Kumpulan Music dan buat persembahan depan ribuan audiens. Saya seorang yang bertudung disitu. Tapi saya tetap menjaga diri saya dari lelaki. Malah, saya tetap kekok dengan lelaki. Lelaki yang pernah saya serius pertimbangkan untuk jadi calon adalah, 1. Rupanya seorang Gay bertopeng lelaki baik 2. Lelaki yang macam baik awal2 lagi mau saya pakai niqab tapi ajak deting malam2 akhir 10 ramadhan. Dan juga berkata bahawa dia hanya perlu membelikan "future" anak-anaknya ipad sorang satu jadi senang untuk jaga. Terukkan? Ahh.. saya mengaku tangan saya pernah dipegang lelaki tapi tanpa izin. Tiba-tiba dia pegang masa jalan beriring ke kedai makan selepas waktu bekerja. Saya tepis. Tapi saya tak cukup suci untuk awak. Saya tak layak.
Saya juga di besarkan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk mencari harta dunia. Saya ditinggal dirumah bersama adik-adik seawal umur 5 tahun dan bila sudah berusia 9 tahun, saya dibawa untuk bekerja bersama. Saya jarang dipeluk mak ayah. Tiada memori saya dipeluk semasa membesar oleh kedua-dua orang tua saya. Kedua-dua orang tua saya juga berasal dari keluarga yang berpecah. Ayah saya berfikiran perempuan itu gagah kerana melihat maknya membesarkan anak-anakyang ramai sendirian. Sehinggakan ibu saya yang mengandung pun di suruh angkat tong gas. Saya juga, langsung tidak dilayan seperti anak perempuan. Jadinya, saya tahu serba-serbi. Serba tahu, dan terlebih berdikari. Akhir-akhir ini baru saya sedar yang saya telah dinafikan hak sebagai anak dan kanak-kanak. Dan juga sebagai anak perempuan. Hati saya keras. Saya tidak layak untuk awak! Saya juga masih terasa kekok bila ada kawan yang mahu bersalam & memeluk. Saya takutkan sentuhan. Kekok dan gawat!! Saya tak layak!!
Saya masih berhati keras, masih banyak bertanya dan juga mengkaji dan masih belajar tentang hidup. Saya tidak simple, saya rumit. Saya mungkin tidak menyenangkan hati. Jenaka saya mungkin tidak melucukan. Dan di saat ini, saya sepatutnya solat subuh dan tidur sebentar sebelum ke temuduga kerja.
Kerana saya tidak bekerja sudah hampir setahun, cuba berniaga tapi tidak menjadi pula. Ibu bapa tidak menyokong dan langsung tidak menawarkan bantuan. Walaupun saya terpaksa mencatu makan. Bukankan makan minum dan kebajikan anak perempuan di bawah tanggungjawab ayah? Saya tidak beruntung. Bila saya lihat wajah gembira adik awak di majlis pada hari itu, hati saya rasa pilu. Bertuahnya dia.
I am a girl with so many flaws and dark memories. I am not the perfect girl for you. I cant be.
Besar kemungkinan, saya tiada sekelumitpun dalam fikiran awak.
Bidan itu memang benar. Saya pastinya seorang manusia yang berbeza dari mereka yang normal!!
------------
Ok. Aku rasa, itu adalah penutup untuk segala rasa belasan tahun tahun yang dipendam, yang akhirnya muncul kembali minggu lepas. Aku dah dewasa. Aku patut matang. Go on. Ke hadapan...!
No comments:
Post a Comment